Buat penamaan untuk yang tersayang

Kongsikan simpanan PRS anda dengan orang yang tersayang. Anda boleh memudahkan mereka menerima pemberian daripada anda tanpa melalui proses yang rumit dan lama. Lakukan penamaan anda hari ini.

Kenapa perlu lakukan penamaan?

Ini adalah untuk memudahkan orang yang anda sayangi menerima pemberian anda apabila anda meninggal dunia. Tanpa sebarang penamaan, mereka mungkin mengalami kesulitan untuk membuat pengeluaran baki PRS anda, yang mungkin mengambil proses panjang.

Penamaan ahli & orang untuk dinamakan

Apabila anda melabur dalam PRS, secara automatik anda juga adalah anggota PPA seumur hidup. Sebagai ahli, anda boleh membuat penamaan bagi tujuan memudahkan pembayaran baki PRS anda sekiranya berlaku kematian.

Anda boleh menamakan sehingga 6 orang dan memperuntukkan peratusan baki PRS yang akan diberikan kepada penama.

Langkah-langkah untuk membuat penamaan

Semakan pantas sebelum membuat penamaan

  • Penama mestilah individu warganegara Malaysia (bukan badan kebajikan/ pertubuhan/ persatuan masyarakat)
  • Penama dan saksi tidak perlu hadir apabila Borang Pencalonan dihantar
  • Saksi mestilah waras, berumur 18 tahun ke atas dan bukan penama yang telah dinamakan

Soalam Lazim Menyenai Pernamaan PRS FAQs

Penamaan PRS untuk Ahli beragama Islam

Bagi ahli yang beragama Islam, penamaan adalah proses menamakan individu bagi menjadi pentadbir yang mengeluarkan baki dalam akaun PRS ahli sekiranya terjadi kematian.

Sekiranya ahli telah melengkapkan proses penamaan, maka individu yang dinamakan akan bertindak selaku pentadbir yang menerima baki pegangan dalam PRS. Sebagai pentadbir, penama berkenaan akan dipertanggungjawabkan mengagihkan jumlah tersebut mengikut prosedur dalam Undang-Undang Syariah.

Sekiranya ahli yang beragama Islam memilih untuk tidak membuat sebarang penamaan, baki dalam akaun PRS akan dibayar kepada pentadbir sah harta pusaka ahli. Sila layari laman web PPA untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran tanpa penama atas kematian ahli atau sila rujuk Penasihat PRS anda.

1.     Kenapa saya perlu membuat penamaan?

Anda digalakkan membuat penamaan bagi memudahkan dan mempercepatkan pengeluaran baki PRS oleh penama sekiranya berlaku kematian. Ia juga memberi jaminan bahawa baki PRS mereka akan ditadbir oleh orang yang anda pilih sendiri. Jika anda memilih untuk tidak membuat sebarang penamaan, baki anda akan dibahagikan mengikut prosedur Undang-undang Syariah. Walau bagaimanapun proses ini mungkin mengambil masa yang panjang.

2.     Bila boleh saya membuat penamaan?

Anda boleh membuat penamaan pada bila-bila masa selepas membuka akaun PRS dengan melengkapkan Borang Penamaan PPA

3.     Di mana saya boleh mendapatkan Borang Penamaan PPA?

Anda boleh muat turun Borang Penamaan PPAdi sini atau melalui mana-mana Penyedia PRS atau Penasihat PRS.

4.     Adakah saya layak untuk membuat penamaan?

Ahli yang layak ialah:

  • Warganegara Malaysia; ATAU
  • Bukan warganegara Malaysia yang telah memperoleh status Pemastautin Tetap (PR) di Malaysia layak membuat penamaan.

5.     Siapa yang boleh dinamakan sebagai penama/pentadbir?

Penama mestilah sama ada warganegara Malaysia atau warga asing dengan status Penduduk Tetap di Malaysia.

Anda boleh menamakan mana-mana ‘orang sebenar’ sebagai penama/pentadbir. ‘Orang sebenar’ merujuk kepada individu dan tidak merujuk kepada organisasi, persatuan, pertubuhan, badan kebajikan dan lain-lain.

Anda dinasihatkan untuk menamakan keluarga terdekat seperti pasangan, anak-anak atau ibu bapa untuk mentadbir baki PRS anda. Walau bagaimanapun, penamaan masih boleh diterima walaupun anda menamakan individu selain keluarga terdekat.

Anda boleh menamakan anak bawah umur sebagai pentadbir. Walau bagaimanapun, kuasa pentadbir hanya diberikan setelah mereka berumur 18 tahun. Sekiranya anda meninggal dunia sebelum mereka berumur 18 tahun, penamaan ini dianggap terbatal kerana mereka tidak layak menjadi pentadbir yang sah. Sebaliknya baki PRS anda akan dibayar melalui pentadbir harta pusaka anda yang sah.

6.     Adakah terdapat had bilangan penama yang boleh saya lantik?

Anda boleh menamakan satu (1) atau beberapa individu namun tidak melebihi daripada enam (6) orang individu.

7.     Bolehkah saya melakukan penamaan berulang kali?

Boleh. Tiada sebarang had untuk anda membuat penamaan.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sebarang borang penamaan baru yang dihantar kepada PPA atau Penyedia PRS akan dianggap sebagai penamaan terkini dan akan menggantikan penamaan terdahulu.

8.     Bagaimanakah saya boleh melakukan penamaan?

Anda perlu berjumpa sendiri dengan Penasihat PRS / Penyedia PRS anda untuk mengemukakan dokumen yang lengkap dan teratur, seperti berikut:

  • Borang Penamaan PPA; dan
  • Salinan hadapan dan belakang kad pengenalan ahli (MyKad / Kad Pengenalan Polis / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR)).

Perunding PRS / Penyedia PRS perlu melihat kad pengenalan dan mengesahkan identiti anda. Penyedia PRS yang berkenaan kemudiannya akan menyerahkan borang kepada PPA.

9.     Adakah saya memerlukan saksi semasa membuat penamaan?

Ya, seorang saksi diperlukan. Anda boleh memilih sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas serta waras untuk menjadi saksi kepada penamaan anda KECUALI yang berikut:

  • orang yang sudah dipilih sebagai penama;
  • pasangan penama;
  • kakitangan PPA; atau
  • kakitangan / penasihat Penyedia PRS.

Saksi tidak perlu hadir ketika anda menyerahkan borang penamaan kepada PPA atau Penyedia PRS.

10.     Bilakah penamaan akan mula berkuatkuasa?

Proses penamaan anda akan mula berkuat kuasa apabila borang penamaan dan saksi yang lengkap telah diterima oleh Penyedia PRS.

NOTA: Tempoh pemprosesan bergantung kepada borang yang lengkap serta dokumen sokongan.

11.     Bagaimanakah untuk membuat perubahan kepada penama PRS saya?

Anda boleh melengkapkan Borang Penamaan PPA yang baru. Penamaan baru anda akan menggantikan penamaan terdahulu.

12.     Saya mempunyai lebih daripada satu akaun PRS kerana melabur dengan beberapa Penyedia PRS.
Bolehkan saya mengisi borang penamaan yang berlainan untuk menamakan penama yang berbeza bagi setiap akaun PRS?

Tidak, hanya SATU (1) Borang Penamaan PPA akan diguna pakai untuk semua akaun PRS.

13.     Bagaimanakah saya boleh menyemak penamaan saya?

Butiran penamaan anda boleh diperolehi ketika log masuk ke dalam Portal Ahli PRS melalui laman web PPA (www.ppa.my). Anda juga akan menerima pengesahan melalu e-mela daripada PPA mengenai penamaan yang telah dibuat termasuk butiran penama.

14.     Bagaimanakah untuk saya membatalkan penamaan?

Anda boleh melengkapkan dan menyerahkan Borang Pembatalan Penamaan kepada Penyedia / Penasihat PRS anda sekiranya anda ingin membatalkan penamaan terdahulu dan tidak bercadang untuk menamakan penama baru untuk menerima baki PRS sekiranya terjadi kematian.

Untuk makluman anda, terdapat keadaan lain seperti dinyatakan di bawah yang juga akan membatalkan penamaan terdahulu. Keadaan ini adalah:

  • Apabila terjadi kematian pada penama dalam Borang Penamaan PPA ketika ahli masih hidup;
  • Apabila ahli mengemukakan Borang Penamaan PPA yang baru;
  • Apabila penama gagal mengemukakan borang pengeluaran dalam tempoh satu (1) tahun daripada kematian ahli beragama Islam (Tempoh tamat satu (1) tahun adalah untuk memastikan penama mengambil tindakan sewajarnya bagi mempercepatkan pengagihan baki PRS); dan
  • Apabila penama tidak sah dari segi undang-undang untuk menjadi pentadbir (cth. di bawah umur 18 tahun atau disahkan mengalami kehilangan upaya sepenuhnya atau kecacatan mental)

NOTA: Penamaan tidak akan dibatalkan oleh mana-mana wasiat.

15.     Perlukah saya mengemaskini penamaan saya sekiranya terdapat perubahan pada keadaan seperti (perkahwinan, kelahiran anak atau kematian penama)?

Sekiranya keadaan anda telah berubah (cth. perkahwinan, kelahiran, kematian penama), anda digalakkan untuk mengemaskini penamaan anda untuk memastikannya relevan dengan keadaan semasa. Jika anda tidak mengemaskini penamaan anda, individu yang dinyatakan dalam Borang Penamaan PPA akan menerima baki akaun PRS.

Contoh: Borang penamaan semasa anda Menyenaraikan ibu bapa anda sebagai penama. Anda baru sahaja berkahwin dan ingin memasukkan pasangan sebagai penama tambahan kepada ibu dan bapa. Anda perlu mendapatkan borang penamaan baru dan mengisi butiran ibu bapa serta pasangan anda.

16.     Apa yang berlaku apabila penama meninggal dunia sebelum saya?

Sekiranya penama meninggal dunia sebelum anda, ia tidak akan menjejaskan pembahagian kepada para penama lain. Penama-penama lain boleh menjalankan kewajipan untuk menuntut sebagai pentadbir.

Walau bagaimanapun bahagian yang diperuntukkan kepada penama yang meninggal dunia tersebut hendaklah diserahkan kepada pentadbir harta pusaka ahli yang sah.

17.     Bagaimana jika penama yang sepatutnya bertindak sebagai pentadbir, tidak mengagihkan baki PRS mengikut Hukum Islam?

Ini adalah di luar bidang kuasa PPA atau Penyedia PRS kerana tugasnya terhad kepada pembayaran baki PRS mengikut Borang Penamaan PPA. Borang Penamaan PPA akan menyatakan tugas penama untuk bertindak selaku pentadbir bagi mengagihkan baki PRS mengikut Hukum Islam.

18.     Apa yang berlaku apabila penama meninggal dunia selepas kematian ahli, dan tidak membuat sebarang tuntutan atas baki PRS?

Sekiranya penama meninggal dunia selepas kematian ahli tetapi sebelum membuat sebarang tuntutan untuk pengeluaran, baki PRS akan dikembalikan kepada pentadbir harta pusaka ahli.

19.     Bolehkah sesiapa tahu penama yang telah saya namakan?

Tidak. Penamaan anda adalah sulit. Walau bagaimanapun, terdapat prosedur tertentu untuk waris atau pentadbir untuk memeriksa status penamaan apabila ahli tersebut meninggal dunia.

20.     Apabila kematian ahli, bagaimanakah caranya untuk keluarga / pelaksana / pentadbir menyemak butiran penamaan?

PPA akan memberikan status penamaan kepada waris terdekat atau pelaksana ahli PPA setelah menerima Borang Permohonan Maklumat Penamaan. Penama boleh menemui Penasihat PRS / Penyedia PRS atau PPA untuk maklumat lanjut mengenai proses tersebut.

21.     Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat pengeluaran selepas kematian ahli?

Penama dikehendaki mengemukakan dokumen berikut dengan lengkap dan
teratur :-

  • Borang Pengeluaran Selepas Kematian Ahli;
  • Salinan sijil kematian ahli yang disahkan; dan
  • Salinan kad pengenalan hadapan dan belakang (MyKad / Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) / Kad Pengenalan Polis / Kad Pengenalan Tentera) / Pasport (untuk warga asing).

Borang Pengeluaran Selepas Kematian Ahli yang telah lengkap hendaklah dihantar oleh penama kepada Penyedia PRS melalui Penasihat PRS.

22.     Jika terdapat lebih daripada satu penama, adakah setiap penama perlu menghantar borang pengeluaran secara berasingan?

Ya, setiap penama dikehendaki untuk menyerahkan boring secara berasingan kerana mereka hanya boleh membuat pengeluaran berdasarkan peratusan yang diperuntukkan untuk mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu mengumpulkan dan menyerahkan borang secara bersama.

23.     Bolehkah penama membuat pengeluaran sebahagian daripada baki PRS?

Tidak. Penama mesti membuat pengeluaran penuh berdasarkan peratusan yang diperuntukkan kepadanya.

24.     Bolehkah individu lain yang tidak dinamakan dalam borang penamaan menuntut baki PRS bagi pihak penama?

Pengeluaran hendaklah dibuat oleh mereka yang dinamakan dalam Borang Penamaan PPA, melainkan penamaan telah terbatal.

25.     Adakah terdapat had masa kepada penama untuk mengemukakan Borang Pengeluaran Selepas Kematian Ahli kepada PPA atau Penyedia PRS?

Untuk memastikan penama mengambil tindakan secepat mungkin bagi mengagihkan baki PRS, penyerahan borang pengeluaran mestilah dibuat dalam tempoh satu (1) tahun selepas kematian ahli.
Oleh kerana penamaan dianggap terbatal selepas satu tahun, proses pengeluaran biasa tanpa penama akan dilakukan. Dalam contoh sedemikian, baki dalam akaun PRS akan dibayar kepada pentadbir harta pusaka ahli yang sah.

26.     Apakah cara pembayaran?

Cara pembayaran adalah sama ada melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penama yang aktif atau melalui cek atas nama penama. Penama akan dimaklumkan oleh Penyedia PRS apabila pembayaran selesai.

Penamaan PRS oleh Ahli Bukan Islam

Bagi ahli bukan Islam, penamaan adalah proses menamakan individu untuk menerima baki PRS mengikut arahan penamaan oleh kerana penama merupakan penerima mutlak (benefisiari) sekiranya terjadinya kematian pada ahli.

Sekiranya ahli memilih untuk tidak membuat apa-apa penamaan, baki PRS akan dserahkan kepada pelaksana atau pentadbir harta pusaka ahli yang sah.

1.     Kenapa saya perlu membuat penamaan?

Anda digalakkan membuat penamaan bagi memudahkan dan mempercepatkan pengeluaran baki PRS oleh orang yang dinamakan sekiranya berlaku kematian. Ia juga memberikan kepastian kepada ahli bahawa baki PRS mereka akan ditadbir oleh orang yang mereka pilih sendiri. Jika anda memilih untuk tidak membuat sebarang penamaan, baki anda akan diedarkan mengikut Undang-undang Islam. Walau bagaimanapun proses ini mungkin mengambil masa yang lama.

2.     Bilakah saya boleh membuat penamaan?

Anda boleh membuat penamaan pada bila-bila masa selepas akaun PRS dibuka dengan melengkapkan Borang Penamaan PPA.

3.     Di mana saya boleh mendapatkan Borang Penamaan PPA?

Anda boleh muat turun Borang Penamaan PPA di sini atau dapatkan daripada mana-mana Penyedia PRS atau Perunding PRS.

4.     Adakah saya layak membuat penamaan?

Ahli yang layak mestilah:

  • Warganegara Malaysia; ATAU
  • Bukan warganegara Malaysia yang telah memperoleh status Pemastautin Tetap (PR) di Malaysia layak membuat pencalonan.

5.     Siapa yang boleh dinamakan sebagai penama?

Penama mestilah sama ada warganegara Malaysia atau warga asing dengan status penduduk tetap di Malaysia.

Anda boleh menamakan mana-mana ‘orang sebenar’ sebagai penama. ‘Orang sebenar’ merujuk kepada individu dan bukan organisasi, persatuan, pertubuhan masyarakat, badan kebajikan dan lain-lain.

Anda boleh menamakan anak–anak anda yang yang masih kecil sebagai benefisiari anda. Secara umumnya, bayaran kepada penama hanya boleh dibuat apabila penama berusia 18 tahun. Walau bagaimanapun, ibu bapa / penjaga sah mereka boleh membuat pengeluaran bagi pihak penama dengan mengemukakan sama ada Sijil Kelahiran (sebagai bukti keturunan) atau perintah mahkamah (sebagai bukti penjagaan undang-undang).

6.     Adakah terdapat had bilangan penama yang boleh saya lantik?

Anda boleh menamakan satu (1) atau beberapa individu namun tidak melebihi daripada enam (6) orang individu.

7.     Bolehkah saya melakukan penamaan berulang kali?

Boleh. Tiada sebarang had untuk anda membuat penamaan.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sebarang borang penamaan baru yang dihantar kepada PPA atau Penyedia PRS akan dianggap sebagai penamaan terkini dan akan menggantikan penamaan terdahulu. 

8.     Bagaimanakah saya boleh melakukan penamaan?

Anda perlu bertemu Perunding PRS / Penyedia PRS anda sendiri untuk mengemukakan dokumen berikut dengan lengkap dan teratur:

  • Borang Penamaan PPA; dan
  • Salinan kad pengenalan hadapan dan belakang ahli (MyKad / Kad Pengenalan Polis / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR)).

Perunding PRS / Penyedia PRS perlu melihat kad pengenalan dan mengesahkan identiti anda. Penyedia PRS yang berkenaan kemudiannya akan menyerahkan borang  tersebut kepada PPA.

9.     Adakah saya memerlukan saksi semasa membuat penamaan?

Ya, seorang saksi diperlukan. Anda boleh memilih sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas serta waras untuk menjadi saksi untuk penamaan anda KECUALI orang-orang berikut:

  • orang yang dipilih sebagai penama;
  • pasangan kepada penama;
  • kakitangan PPA; atau
  • kakitangan / penasihat kepada Penyedia PRS.

Saksi tidak perlu hadir ketika anda menyerahkan borang penamaan kepada PPA atau Penyedia PRS.  

10.     Bagaimanakah untuk membuat sebarang perubahan kepada penamaan PRS saya?

Anda boleh melengkapkan Borang Penamaan PPA yang baru. Penamaan baru anda akan menggantikan penamaan yang anda lakukan sebelum itu.

11.     Bagaimanakah untuk saya membatalkan penamaan saya?

Anda boleh melengkapkan dan menyerahkan Borang Pembatalan Penamaan kepada Penyedia / Penasihat PRS jika anda ingin membatalkan penamaan terdahulu serta tidak bercadang menamakan orang lain untuk menerima baki PRS selepas kematian anda.

Untuk makluman anda, terdapat keadaan lain seperti dinyatakan di bawah yang juga akan membatalkan penamaan terdahulu. Keadaan ini adalah:

  • Apabila terjadi kematian pada penama dalam Borang Penamaan PPA ketika ahli masih hidup;
  • Apabila ahli mengemukakan Borang Penamaan PPA yang baru;

NOTA: Penamaan tidak akan dibatalkan oleh mana-mana wasiat.

12.     Bilakah penamaan akan berkuatkuasa?

Proses penamaan anda akan berkuat-kuasa apabila borang penamaan dan saksi yang lengkap diterima oleh Penyedia PRS.

NOTA: Tempoh pemprosesan bergantung kepada borang yang lengkap serta dokumen sokongan. 

13.     Perlukah saya mengemaskini penamaan apabila terdapat perubahan pada keadaan seperti (perkahwinan, kelahiran anak atau kematian penama)?

Sekiranya keadaan anda telah berubah (cth. perkahwinan, kelahiran, kematian penama), anda digalakkan mengemaskini penamaan anda untuk memastikannya relevan dengan keadaan semasa.
Jika anda tidak mengemaskini penamaan anda, orang yang dinyatakan dalam Borang Penamaan PPA akan menerima baki dalam akaun PRS.

Contoh: Borang penamaan semasa menyenaraikan ibu bapa anda sebagai penama. Anda baru sahaja berkahwin dan ingin memasukkan pasangan sebagai penama tambahan kepada ibu dan bapa. Anda perlu mendapatkan borang penamaan baru dan mengisi butiran ibu bapa serta pasangan anda.

14.     Bagaimanakah untuk menyemak penamaan saya?

Butiran penamaan anda boleh diperolehi ketika log masuk ke dalam Portal Ahli PRS melalui laman web PPA (www.ppa.my). Anda juga akan menerima pengesahan melalu Emel daripada PPA mengenai penamaan yang telah dibuat termasuk butiran penama.

15.     Saya mempunyai lebih daripada satu akaun PRS kerana melabur dengan beberapa Penyedia PRS. Bolehkah saya mengisi borang penamaan yang berlainan untuk menamakan penama yang berbeza bagi setiap akaun PRS?

Tidak, hanya SATU (1) Borang Penamaan PPA akan diguna pakai untuk semua akaun PRS.

16.     Apa yang berlaku apabila penama meninggal dunia sebelum saya?

Sekiranya satu atau semua penama meninggal dunia dan anda tidak mengisi borang penamaan baru, bahagian penama yang meninggal itu akan dibayar kepada pelaksana atau pentadbir harta pusaka ahli yang sah.

Walau bagaimanapun, sekiranya satu atau lebih daripada penama meninggal dunia sebelum anda, ia tidak akan menjejaskan pengagihan kepada penama lain. Penama lain boleh menuntut baki PRS mengikut arahan untuk penama sebagai benefisiari.

17.     Apa yang berlaku sekiranya penama meninggal dunia selepas kematian ahli, dan tidak membuat sebarang tuntutan atas baki PRS?

Sekiranya penama meninggal dunia selepas kematian ahli tetapi sebelum membuat sebarang tuntutan untuk pengeluaran, baki PRS akan dikembalikan kepada pentadbir harta pusaka ahli.

18.     Bolehkah sesiapa tahu penama yang telah saya namakan?

Tidak. Penamaan anda adalah sulit. Walau bagaimanapun, terdapat prosedur tertentu untuk waris atau pentadbir untuk memeriksa status penamaan apabila ahli tersebut meninggal dunia.

19.     Apabila kematian ahli, bagaimanakah caranya untuk waris / pelaksana / pentadbir menyemak butiran penamaan?

PPA akan memberikan status penamaan kepada waris terdekat atau pelaksana ahli PPA setelah menerima Borang Permohonan Maklumat Penamaan. Penama boleh menemui Penasihat PRS / Penyedia PRS dan PPA untuk maklumat lanjut mengenai proses tersebut.

20.     Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat pengeluaran selepas kematian ahli?

Penama dikehendaki mengemukakan dokumen-dokument berikut dengan lengkap dan teratur: –

  • Borang Pengeluaran Selepas Kematian Ahli;
  • Salinan sijil kematian ahli yang disahkan; dan
  • Salinan kad pengenalan hadapan dan belakang (MyKad / Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) / Kad Pengenalan Polis / Kad Pengenalan Tentera) / Pasport (bagi warga asing).

Borang Pengeluaran Selepas Kematian Ahli yang lengkap hendaklah dikemukakan oleh penama kepada Penyedia PRS.

21.     Jika terdapat lebih daripada satu penama, adakah setiap penama perlu menghantar borang pengeluaran secara berasingan?

Ya, setiap penama dikehendaki menyerahkan borang secara berasingan kerana mereka hanya boleh mengeluarkan peratusan yang diperuntukkan untuk mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu mengumpulkan dan menyerahkan borang secara bersama.

22.     Bolehkah penama membuat pengeluaran sebahagian daripada baki PRS?

Tidak. Penama mesti membuat pengeluaran penuh berdasarkan peratusan yang diperuntukkan kepadanya.

23.     Bagaimana jika penama masih di bawah umur 18 tahun, sekiranya ahli meninggal dunia?

Berdasarkan peraturan umum, penama tidak layak memohon pengeluaran sehinggalah dia berusia 18 tahun. Walau bagaimanapun, ibu bapa / penjaga sah bagi penama boleh membuat pengeluaran bagi pihak penama berkenaan dengan mengemukakan sama ada Sijil Kelahiran (sebagai bukti keturunan) atau perintah mahkamah (sebagai bukti pengesahal penjagaan).

Ibu bapa / penjaga yang sah akan tertakluk kepada pelaksanaan suatu akujanji di mana jumlah yang dibayar akan digunakan semata-mata untuk penyenggaraan dan kegunaan penama.

24.     Bagaimana jika penama disahkan mengalami kehilangan upaya kekal / kecacatan mental / penyakit serius selepas penamaan dibuat?

Dalam kes seseorang penama disahkan mengalami  Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (PTD) / Penyakit Serius (SD) / Hilang Upaya Mental (MD) (seperti yang ditakrifkan di bawah Garis Panduan PRS) oleh seorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50 ], pembayaran kepada penama adalah tertakluk kepada senario-senario berikut:

Senario berkaitan penama yang Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (PTD) / Penyakit Serius (SD) / Hilang Upaya Mental (MD) Butiran
Penama boleh menandatangani borang Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank penama atau cek akan diisukan di bawah nama penama.
Penama tidak boleh menandatangani borang kerana Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (PTD) dan dengan itu memerlukan penggunaan cap ibu jari Sekiranya Penama tidak dapat menandatangani borang pengeluaran kerana didiagnoskan mengalami PTD sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Garis Panduan PRS, maka pengesahan cap jari boleh diterima, di mana doktor yang merawat perlu mengesahkan ketidakupayaan penama untuk menandatangani dan kesediaan penama menggunakan cap jari pada Borang Pengeluaran Selepas Kematian Ahli.

Doktor yang merawat juga harus melengkapkan Laporan Perubatan PPA bagi pihak pesakit yang membuat pengeluaran daripada PRS untuk PTD.

Penama tidak dapat menandatangani borang tersebut disebabkan keadaan kesihatan mereka dan memerlukan bantuan pihak ke-3 untuk melengkapkan dan menandatangani borang bagi pihak penama Peraturan Am

Pihak ke-3 boleh melengkapkan dan menandatangani borang bagi pihak penama. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank penama atau cek yang dikeluarkan bawah nama penama berkenaan.

Jika pihak ke-3 adalah orang yang dilantik melalui perintah mahkamah (bertindak bagi pihak penama yang disahkan mengalami PTD / MD sahaja)

Orang yang dilantik melalui perintah mahkamah boleh menerima pembayaran bagi pihak penama, tertakluk sama ada Penyedia PRS berpuas hati bahawa mahkamah telah memerintahkan:

Pemberian kuasa kepada seseorang untuk menguruskan urusan kewangan penama termasuklah menerima bayaran bagi pihak penama; dan

PRS adalah sebahagian daripada skop aset yang dilindungi.

Jika pihak ke-3 dilantik melalui kuasa wakil oleh penama (yang disahkan mempunyai PTD / SD sahaja)

Orang yang dilantik boleh menerima pembayaran bagi pihak penama, tertakluk apabila Penyedia PRS berpuas hati bahawa kuasa suratcara peguam:

  1. Memberi bukti pelantikan individu berkenaan;
  2. Bahawa pelantikannya termasuk untuk menerima bayaran bagi pihak penama; dan
  3. Skop kuasa yang diberikan kepada seseorang itu termasuk PRS sebagai sebahagian daripada skop aset yang dilindungi.

25.     Bolehkah individu lain yang tidak dinamakan dalam borang penamaan menuntut baki PRS bagi pihak penama?

Pengeluaran hendaklah dibuat oleh mereka yang dinamakan dalam Borang Penamaan PPA, melainkan penamaan telah dibatalkan.

26.     Apakah cara pembayaran?

Cara pembayaran ialah sama ada melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penama atau melalui cek atas nama penama. Penama akan dimaklumkan oleh Penyedia PRS apabila pembayaran selesai.

Senario Penamaan PRS

Senario 1: Membuat penamaan

Adam mempunyai pegangan PRS dengan Penyedia PRS ABC dan Penyedia PRS XYZ seperti di bawah:

Penyedia ABC – Dana1 500 Units RM 500
Penyedia XYZ – Dana 2 500 Units RM 500
Beliau boleh melengkapkan borang penamaan PPA seperti berikut:
No Nama Penama (Seperti dalam Kad Pengenalan / Pasport) Nombor Kad Pengenalan / Pasport No. Telefon Bimbit</th Peratusan diperuntukkan (%)
1 Nama isteri xxx xxx 60
2 Nama abang xxx xxx 40
  Jumlah     100
Dalam mengisi borang berdasarkan peratusan atau peruntukan di atas,si  isteri akan menerima / mentadbir 60% daripada pegangan akaun PRS Adam, manakala abang Adam akan menerima / mentadbir baki 40%

Senario 2: Pengeluaran oleh penama apabila kematian ahli

Apabila Adam meninggal, proses untuk mengeluarkan baki PRS daripada akaun PRS adalah seperti di bawah:

Pegangan PRS akan dikira seperti berikut:

C3

Borang hendaklah diisi menggunakan HURUF BESAR dengan pen DAKWAT HITAM SAHAJA.

Proses Borang dan dokumen sokongan
Membuat pencalonan (Untuk diisi oleh ahli)
  • Borang penamaan, dan
  • Salinan kad pengenalan hadapan dan belakang ahli (MyKad / Kad Pengenalan Polis / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR)). Salinan ID mestilah bahagian hadapan dan belakang.

Borang mesti disertakan dengan seorang saksi. Kriteria saksi adalah seperti berikut:

  • Rakyat Malaysia;
  • Berusia 18 tahun ke atas;
  • Berfikiran waras; dan
  • Saksi bukan salah seorang penama, Perunding PRS, kakitangan PPA/ Penyedia PRS atau pasangan kepada penama.

Semasa penyerahan, Perunding PRS / Penyedia PRS akan mengesahkan identiti ahli dengan memeriksa Kad Pengenalan asal (MyKad / Kad Pengenalan / Kad Pengenalan Tentera) / Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) / Pasport (untuk warga asing).

Pengeluaran selepas kematian ahli

(Untuk diisi oleh penama atau pemohon [dalam kes penama yang mengalami PTD, Penyakit Serius atau Hilang Upaya Mental, mana yang berkenaan])

  • Borang Pengeluaran Selepas Kematian Ahli;
  • Salinan sijil kematian ahli*; dan
  • Salinan kad pengenalan hadapan dan belakang (MyKad / Kad Pengenalan Polis / Kad Pengenalan Tentera) / Pasport (untuk warga asing).

Bagi orang bukan Islam sahaja

  • Bagi penjaga atau individu yang dilantik oleh mahkamah (mana yang berkenaan) yang ingin membuat pengeluaran bagi penama yang berusia bawah 18 tahun
    • Sijil kelahiran (sebagai bukti keturunan) atau perintah mahkamah (sebagai bukti penjagaan yang sah)*
  • Bagi individu yang dilantik oleh mahkamah melalui perintah mahkamah yang ingin membuat pengeluaran bagi pihak penama yang disahkan mengalami hilang upaya kekal atau kecacatan mental oleh pengamal perubatan berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50]:
    • Perintah Mahkamah yang membuktikan bahawa individu tersebut bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal peribadi dan kewangan penama dan bahawa PRS adalah sebahagian daripada skop aset yang dilindunginya*; dan
    • Laporan perubatan mengenai pesakit / penama yang membuat pengeluaran daripada PRS untuk PTD atau Hilang Upaya Mental (MD) yang dilkeluarkan oleh doktor yang merawat*
  • Bagi individu yang dilantik oleh penama melalui kuasa wakil dan ingin membuat pengeluaran bagi pihak penama yang disahkan mengalami hilang upaya kekal atau penyakit serius oleh pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50]:
    • Dokumen kuasa wakil yang membuktikan pelantikan individu tersebut dan bahawa skop kuasa yang diberikan kepada individu itu merangkumi PRS sebagai sebahagian daripada skop aset yang dilindungi *; dan
    • Laporan perubatan mengenai pesakit / penama yang ingin membuat pengeluaran daripada PRS untuk kes PTD atau Penyakit Serius (SD) yang dilkeluarkan oleh doktor yang merawat*

Semasa penyerahan, Perunding / Penyelia PRS akan mengesahkan identiti penama / pemohon dengan memeriksa Kad Pengenalan asal (MyKad/ Kad Pengenalan Polis/ Kad Pengenalan Tentera)/ Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR)/ Pasport (untuk warga asing).

Dokumen yang ditandakan dengan tanda bintang (*) mesti dikemukakan sebagai salinan sebenar sah dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah, lengkap dengan nama, alamat dan cop rasmi Pesuruhjaya Sumpah.

Borang butiran lengkap penamaan

(Untuk diisi oleh waris/ pelaksana)

  • Borang Butiran Lengkap Penamaan;
  • Salinan sijil kematian ahli*;
  • Salinan kad pengenalan hadapan dan belakang/ passport waris/ pelaksana; dan
  • Satu salinan dokumen berkaitan untuk membuktikan identiti waris (sijil perkahwinan / sijil kelahiran) ATAU salinan dokumen sebagai bukti dia adalah pelaksana*

Semasa penyerahan, Perunding / Penyelia PRS akan mengesahkan identiti penama / pemohon dengan memeriksa Kad Pengenalan asal (MyKad/ Kad Pengenalan Polis/ Kad Pengenalan Tentera) / Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR)/ Pasport (untuk warga asing).

Dokumen yang ditandakan dengan tanda bintang (*) mesti dikemukakan sebagai salinan sebenar sah dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah, lengkap dengan nama, alamat dan cop rasmi Pesuruhjaya Sumpah.

Borang Penamaan PRS

Untuk borang berkaitan dengan penamaan, muat turun di sini.