SAYA MAHUKAN LEBIH DALAM KEHIDUPAN

Setiap orang pastinya mahukan sebuah kehidupan yang gembira. Dengan harapan yang tersemat di hati, kita mencari sebuah pekerjaan yang boleh menjamin masa depan sambil menghadapi tugasan harian di samping mengimbangi karier, kesihatan dan kebahagian. Persaraan kelihatan sangat mengujakan dengan memiliki lebih masa lapang, namun beban kewangan boleh membuatkan kehidupan anda kelak penuh dengan persoalan dan kerisauan.

Namun, bagaimanakah jikalau anda berjaya menikmati kehidupan yang anda mahukan? Bayangkan hari-hari anda dipenuhi masa untuk berehat, meluangkan masa dengan keluarga dan sahabat-handai serta menerokai minat anda. Apabila anda menyedari bahawasanya anda mahukan lebih dalam kehidupan ini, anda mempunyai pilihan berikut: untuk hidup secara ala kadar sahaja atau membina kehidupan sepertimana yang anda mahukan.

MENYIMPAN LEBIH UNTUK KEHIDUPAN SAYA DI MASA DEPAN

Walaupun telah menyimpan dalam skim mandatori, ianya belum tentu mencukupi untuk gaya hidup yang anda sentiasa impikan. Laporan menyatakan sebahagian besar pesara telah menghabiskan kesemua wang simpanan skim mandatori mereka dalam tempoh hanya lima tahun selepas bersara. Tambahan pula dengan peningkatan purata jangka hayat rakyat Malaysia*, 72.6 tahun untuk lelaki dan 77.6 tahun untuk wanita, anda perlu membuat simpanan yang lebih banyak untuk memastikan dana persaraan adalah mencukupi bagi menampung kehidupan sekurang-kurangnya bagi tempoh 15-20 tahun selepas persaraan.

*Sumber: Jabatan Statistik Malaysia 2020

Kajian dan laporan menyarankan untuk mempunyai sekurang-kurangnya dua pertiga (67%) daripada pendapatan terakhir anda bagi mengekalkan gaya hidup sekarang ketika anda bersara.
Untuk mencapai penanda aras dua pertiga untuk persaraan anda, PPA mencadangkan simpanan minimum sebanyak satu pertiga (33%) daripada pendapatan bulanan anda.
Dalam sektor swasta, seseorang boleh menganggarkan bahawa anda telah mencarum sebanyak 11% daripada pendapatan anda ke dalam skim mandatori, manakala majikan anda pula menyumbangkan 12%, menjadikan jumlah caruman mandatori sebanyak 23%.
Maka, anda hanya memerlukan simpanan tambahan 10% daripada pendapatan bulanan anda dalam Skim Persaraan Swasta (PRS) untuk meraih lebih banyak daripada kehidupan ketika anda bersara.

Jumlah yang diperlukan oleh setiap orang untuk persaraan adalah berbeza bergantung pada gaya hidup setiap individu. Anda boleh menggunakan kalkulator persaraan PPA sebagai panduan untuk anda mengira berapa banyakkah yang anda perlu simpan untuk persaraan yang anda inginkan.

Direka untuk Persaraan
PRS diwujudkan dengan matlamat utama untuk membantu anda menyimpan lebih banyak untuk persaraan anda.
Berpatutan
Buka akaun dan mula menyimpan dengan caruman minimum RM100.
Fleksibel
Pilih daripada 9 Penyedia PRS dan pelbagai dana (Konvensional atau patuh Syariah) bagi memadankannya dengan profil pelaburan dan toleransi risiko anda sendiri.
Pengecualian Cukai
Nikmati pengecualian cukai individu sehingga RM3,000 setiap tahun.
Semua-dalam-satu
PPA menyediakan pengurusan akaun setempat dan perkhidmatan ahli berterusan demi melindungi kepentingan anda.
Kerangka kawal selia
PRS dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan skim ini dilindungi oleh Pemegang Amanah Skim.

LEBIH SIMPANAN, LEBIH SELESA DENGAN PRS ONLINE

Dibangunkan oleh PPA, PRS Online merupakan perkhidmatan yang mudah dan selesa bagi anda membuka dan menguruskan akaun PRS anda pada bila-bila masa, di mana sahaja. Sentiasa berhubung serta simpan lebih banyak dengan PRS melalui akses secara langsung melalui mana-mana peranti pintar.

APABILA SAYA MENYIMPAN DI PRS, SAYA BOLEH MEMBAYANGKAN DIRI SAYA MENJALANI KEHIDUPAN YANG SAYA MAHUKAN

Persaraan adalah untuk dinikmati, bukan untuk disesali. Gembirakan cucu-cucu anda dengan limpahan ganjaran dan pelbagai hadiah. Lawati tempat yang pernah menggamit memori dan hidupkan semula detik-detik indah ini bersama insan tersayang. Binalah kebun sayur yang selama ini anda impikan. Manjakan diri anda dengan perkara-perkara menggembirakan dalam hidup anda, seperti yang anda mahukan selama ini.

Mengetahui bagaimana anda mahu menikmati kehidupan akan memudahkan anda untuk mula merancang daripada sekarang. Nikmatilah hari-hari persaraan dengan melakukan perkara yang anda gembira bersama insan-insan tersayang yang paling penting dalam hidup anda.

Saya, Simpan di PRS sekarang untuk menikmati kehidupan yang saya inginkan nanti.
Rancang masa depan anda hari ini.