Struktur PRS

Bagaimana PRS Berfungsi

Untuk memulakan simpanan PRS, anda boleh memilih untuk membuat pelaburan terus kepada Penyedia PRS atau melalui pengedar berdaftar mereka. Setelah berjaya memulakan simpanan PRS, anda akan diberi akaun PRS secara automatik.

PPA, selaku pentadbir pusat untuk PRS akan mentadbir akaun PRS anda dan akan menyediakan penyata tahunan akaun PRS anda dengan Penyedia PRS.

Pilihan Penyedia & Dana PRS

Anda boleh memilih untuk mencarum kepada satu (1) atau lebih Penyedia PRS. Di bawah setiap Penyedia PRS, anda boleh memilih untuk melabur dalam satu (1) dana atau lebih dengan mencarum sama ada melalui dana teras – pilihan yang ditetapkan (pemilihan berdasarkan umur) atau dana pilihan sendiri.

Pilihan yang Ditetapkan untuk Dana Teras (Pemilihan Berasaskan Umur)

Salah satu ciri khas PRS adalah ia menjadikan pelaburan untuk persaraan lebih mudah melalui pilihan yang ditetapkan untuk dana teras. Tetapan opsyen PRS untuk dana teras menawarkan campuran pakej yang menyediakan risiko secara pertumbuhan, sederhana dan konservatif serta pulangan berdasarkan tahap kehidupan yang berkembang ke arah persaraan.

Setiap Penyedia PRS mesti menawarkan tiga (3) dana teras sebagai pilihan yang ditetapkan dalam PRS mereka. Jika anda memilih pilihan tetap, anda akan diperuntukkan kepada dana teras berasaskan kumpulan umur anda seperti berikut:

Dana Teras Umur Prinsip Dasar
Dana Pertumbuhan Bawah 45 tahun

Tumpuan adalah untuk mengembangkan portfolio.

Matlamat:

  • Memberi tumpuan kepada pertumbuhan portfolio secara berterusan;
  • Melabur terutamanya dalam aset yang menjana pertumbuhan;
  • Mengambil risiko yang disifatkan sesuai untuk menjana pulangan;
  • Mencari pulangan yang mengatasi inflasi (selepas meliputi semua yuran dan perbelanjaan dana); dan
  • Tolerasi yang tinggi terhadap turun naik pelaburan.
Dana Sederhana 45 – 54 tahun

Tumpuan adalah mengembangkan portfolio sambil menjana pendapatan.

Matlamat:

  • Terus mengembangkan portfolio dalam istilah sebenar;
  • Pendekatan pelaburan yang seimbang antara risiko dan pulangan;
  • Mengambil risiko hanya apabila dianggap wajar tanpa mengambil tahap risiko pasaran yang tinggi; dan
  • Tolerasi yang sederhana terhadap turun naik pelaburan.
Dana Konservatif 55 tahun dan ke atas

Tumpuan adalah untuk menjana pendapatan yang konsisten dengan menyediakan portfolio yang sedia untuk digunakan.

Matlamat:

  • Memberi tumpuan kepada pemuliharaan modal;
  • Melabur terutamanya dalam aset yang menjana pendapatan;
  • Mengambil risiko yang tidak akan menjejaskan nilai pelaburan yang telah dijana; dan
  • Menerima turun naik pelaburan yang minimum.

Apabila anda memilih pilihan yang ditetapkan, semua caruman yang dibuat oleh anda, atau oleh majikan anda bagi pihak anda, akan diperuntukkan ke dalam dana teras yang sepadan dengan kumpulan umur anda.

Pilihan Yang Ditetapkan untuk Dana Teras: Laluan Automatik

Dana pilihan tetap menawarkan laluan automatik dalam pengurusan dana anda menuju persaraan. Laluan automatik adalah ciri unik dana pilihan tetap di mana pengurus dana PRS secara automatik menukar dana anda daripada peruntukan aset pertumbuhan risiko lebih tinggi kepada peruntukan aset risiko yang lebih konservatif yang lebih rendah memandangkan pemeliharaan modal haruslah diutamakan apabila anda menghampiri umur persaraan. Laluan automatik ini memudahkan anda menguruskan pendedahan risiko dari masa ke masa dalam kumpulan umur yang ditetapkan dalam setiap dana pilihan tetap.

Tarikh Penukaran Masuk

Apabila anda berada di laluan penukaran automatik, Penyedia PRS akan memaklumkan kepada anda satu (1) bulan sebelum simpanan PRS anda dijadualkan untuk ditukar ke dana sederhana atau konservatif. Tarikh Penukaran Masuk adalah pada hari umur Ahli PRS memasuki 45 atau 55 tahun.

Melainkan jika anda telah mengarahkan sebaliknya, proses pertukaran akan dilaksanakan oleh Penyedia PRS anda selama tempoh lima tahun, di mana setiap tahun bahagian yang sama dari keseluruhan baki PRS anda, dalam bentuk unit, akan ditebus dan digunakan untuk membeli unit-unit dalam dana teras yang seterusnya.

Penebusan kadar yang sama dalam tempoh lima tahun dinyatakan dalam senario berikut:

Sekiranya Ahli PRS pada masa ini memiliki 200,000 unit dalam dana Pertumbuhan di bawah pilihan yang ditetapkan, senario di bawah ini menggambarkan pergerakan unit secara progresif dari Dana Pertumbuhan kepada Dana Sederhana sebaik sahaja ahli mencapai umur 45 tahun. Pada akhir tempoh lima tahun ini,  simpanan ahli akan bertukar sepenuhnya kepada dana Sederhana.

Nota: Pilihan yang ditetapkan ini telah dikemaskini oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada Februari 2020 dan Penyedia PRS akan melaksanakan perubahan dalam tempoh satu tahun. Sila rujuk dengan Penyedia PRS masing-masing mengenai bagaimana ini akan memberi kesan kepada akaun PRS anda.

Selain itu, jika anda berhasrat memilih dana pilihan sendiri anda boleh memilih mana-mana dana PRS bukan teras, yang memerlukan anda terlibat secara aktif dalam memilih dana berdasarkan risiko dan jangkaan pulangan anda. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada penasihat PRS berlesen.