Rangka Kerja Pengawalseliaan

Kerangka kerja kawal selia ditubuhkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSA) 2007 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi memastikan pengawal seliaan industri PRS yang mantap bagi menambahkan kepercayaan dan keyakinan terhadap PRS. Terdapat pembahagian peranan dan tanggungjawab yang tersusun untuk  semua pihak dalam industri PRS seperti berikut:

Peranan dan Tanggungjawab

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)

  • Diberi kuasa melalui Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007 (CMSA) untuk mengawal selia industri PRS
  • Menyediakan persekitaran kawal selia
  • Pembangunan industri PRS

Private Pension Administrator Malaysia (PPA)

  • Menjaga kepentingan ahli
  • Menyediakan pengurusan akaun berpusat seumur hidup, memudah cara transaksi dan mempromosi pentadbiran yang efisien
  • Bertindak sebagai pusat sumber sehenti
  • Mendidik masyarakat dan memberikan kesedaran tentang PRS
  • Menyediakan pentadbiran berpusat dan membangunkan industri

Penyedia PRS

  • Melaksanakan kuasa Penyedia PRS bagi tujuan yang sepatutnya dan dengan tujuan yang baik demi kepentingan ahli secara keseluruhan
  • Memberikan tahap penjagaan dan ketekunan yang rapi
  • Menyimpan rekod maklumat dengan lengkap dan tepat
  • Tidak membuat pelaburan yang boleh menjana kepentingan kewangan atau perolehan faedah tanpa kelulusan Pemegang Amanah Skim
  • Menyediakan laporan interim, laporan tahunan dan penyata akaun

Pemegang Amanah Skim

  • Memastikan pematuhan oleh Pegawai dan Delegasi PRS
  • Membuat penilaian dan harga yang tepat
  • Memastikan ketepatan setiap urus niaga untuk mengelakkan sebarang kos yang tidak diperlukan atau risiko kepada dana
  • Perakaunan yang mencukupi untuk semua akaun

Pengedar dan Perunding PRS

  • Pengedar PRS adalah mereka yang dilesenkan untuk berurusan tentang PRS atau orang berdaftar di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSA) 2007
  • Perunding PRS adalah wakil-wakil Pengedar PRS dan perlu berdaftar dengan FIMM
  • Penasihat PRS institusi adalah bank berlesen untuk mengedarkan skim PRS daripada lebih satu Penyedia PRS
  • Penasihat PRS korporat adalah firma perancangan kewangan yang mewakili dan mengedarkan produk daripada lebih satu Penyedia PRS dan boleh bertindak bagi pihak pelabur
  • Perunding PRS perlu mempunyai pengetahuan minimum mengenai industri PRS dan bertindak dengan integriti dan tahap profesionalisme yang tinggi