Syed Hamadah Syed Othman
Pengarah Kepentingan Awam

Syed Hamadah Syed Othman dilantik selaku Ahli Lembaga Pengarah Private Pension Administrator Malaysia pada 15 Mac 2022.

Hamadah adalah pengarah dan rakan kongsi di Actuarial Partners Consulting Sdn Bhd. Beliau mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam pencen, keselamatan sosial dan faedah pekerja. Beliau pakar dalam perundingan multinasional dan organisasi tempatan mengenai reka bentuk pencen, pembiayaan, perakaunan pencen, penggabungan dan pengambilalihan.

Pengalaman beliau termasuk menjadi ahli pasukan perunding antarabangsa mengenai kajian semula pencen, keselamatan sosial dan pembiayan penjagaan kesihatan di Malaysia. Kepakaran beliau adalah untuk memberi nasihat mengenai kemampanan kewangan dana pencen dan keselamatan sosial,kajian semula skim faedah persaraan dan pengurusan liabiliti asset.

Hamadah adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dari 2018 hingga 2020, sebuah agensi yang bertanggungjawab mengurus dan melabur dana pencen kerajaan untuk faedah jangka panjang pesara kerajaan.

Hamadah adalah Felo di Fakulti Aktuari dan Felo di Persatuan Aktuari Malaysia. Beliau mempunyai BSc (Honors) dalam Matematik Aktuari dan Statistik dari Heriot Watt University, Edinburgh pada tahun 1994.