Panduan bijak untuk belia

Masa menyebelahi anda!
Albert Einstein pernah berkata “Kuasa pengkompaunan adalah keajaiban kelapan dunia. Siapa yang memahaminya akan memperolehnya…siapa yang tidak…akan membayarnya…”.  Individu yang bermula lebih awal iaitu antara umur 20 dan 30, akan mempunyai tempoh 30 hingga 40 tahun untuk membina dana yang kukuh sebelum mencapai tempoh persaraan.

Caruman bulanan adalah sedikit
Adalah penting untuk anda bermula sekarang untuk menyimpan demi masa depan anda dan menyimpannya secara teratur. Ingatlah untuk menyimpan secara konsisten dengan meletakkan sekurang-kurangnya 10% pendapatan bulanan anda untuk mengumpul simpanan anda. Caruman secara bulanan berbanding sekaligus menjadikannya berpatutan dan menanamkan tabiat “tidak sedar” ke arah membina dana persaraan anda.

Tanya ibu bapa anda!
Dapatkan nasihat ibu bapa dan mereka mungkin boleh mencarum bagi pihak anda untuk membantu anda memulakan simpanan persaraan anda. Sebaik sahaja anda mula memperoleh pendapatan, anda boleh terus menyimpan sendiri.