Bijak rancang masa depan anda

Ini mungkin masa terbaik dalam hidup anda – anda berumur di bawah 30 tahun, belajar atau memulakan kerjaya dengan masa depan yang penuh dengan kemungkinan.

Pada masa sekarang persaraan mungkin kelihatan terlalu jauh. Namun secara ideal, perancangan untuk persaraan harus dilakukan pada awal karier apabila anda berusia 20-an. Walaupun ini mungkin mencabar untuk golongan muda yang baru bekerja serta mempunyai banyak komitmen, ia boleh dilakukan dan dicapai. Jadi, apa yang menghalang anda?


Sumber:
• Jabatan Insolvensi Malaysia (2015) • Masa Depan Persaraan (Laporan HSBC, 2013) • Suruhanjaya Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-5
(Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia) (2014) • Asian Institute of Finance (2015)

Permulaan Awal Terhadap Impian Anda

Sekiranya anda tidak mengambil langkah persediaan SEKARANG, anda mungkin akan merasakan kesannya kemudian. Jadi buat pilihan yang bijak untuk masa depan anda.