Pengedar PRS

Siapa yang boleh memasarkan dan mengedarkan PRS?

Pengedar PRS adalah entiti yang membuat persetujuan dengan Penyedia PRS untuk memasarkan dan mengagihkan PRS kepada individu dan majikan. Individu yang mewakili Pengedar PRS adalah Perunding PRS yang dikehendaki berdaftar dengan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FiMM).

Saluran pengedaran dan Perunding PRS dikawal setia untuk memastikan –
• Standard tingkah laku yang tinggi; dan
• Penyampaian nasihat yang munasabah atau asas untuk cadangan kepada individu dan syarikat.

Sila pastikan Perunding PRS anda membawa kad pengenalan PRS yang dikeluarkan oleh FiMM seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah.

card1card2

Jenis Pengedar PRS:

1. Penyedia PRS

2. Institusi Penasihat PRS (IPRA)

IPRA adalah institusi kewangan dan perbankan yang  diluluskan yang memesarhan untuk panel penyedia PRS. Klik di sini untuk melihat senarai IPRA.

3. Penasihat PRS Korporat (CPRA)

CPRA adalah penasihat bebas, yang memesarhan untuk panel penyedia PRS. Klik di sini untuk melihat senarai CPRA.

Orang ramai haruslah berurusan dengan Pengedar PRS dan Perunding PRS yang berlesen.

Para pelabur yang ingin mendapatkan perkhidmatan perancangan kewangan atau nasihat kewangan secara holistik juga boleh menghubungi Perunding PRS berlesen.  Senarai boleh didapati di laman web SC bersama dengan butiran untuk dihubungi.