6 sebab mengapa PRS baik untuk anda

Melabur dalam PRS mungkin salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk persaraan anda. Inilah sebabnya:

Direka untuk persaraan

PRS ditubuhkan dengan tujuan utama iaitu membantu anda mengumpul lebih banyak simpanan untuk persaraan.

Simpanan yang berpatutan

Anda boleh menyimpan lebih dengan PRS dengan mencarum sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bulanan untuk mengembangkan simpanan persaraan anda.

Pelbagai Pilihan Penyedia PRS

Pelbagai pilihan Penyedia PRS dan Dana PRS sama ada pilihan sendiri atau pilihan yang ditetapkan berdasarkan umur anda.

Pelepasan Cukai

Dapatkan pelepasan cukai peribadi sehingga RM3,000 setahun. Majikan menikmati pelepasan cukai sehingga 7% daripada kadar berkanun ke atas caruman PRS yang disumbangkan oleh majikan bagi pihak pekerja. *
*Tertakluk terma dan syarat*

Pentadbir Pusat PRS

PPA menyediakan pengurusan akaun seumur hidup, dan perkhidmatan ahli secara berterusan untuk melindungi kepenting anda.

Rangka kerja yang dikawal selia

PRS dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan skim ini dilindungi oleh Pemegang Amanah Skim.