Perbetulkan Impian Persaraan

Seringkali kita mengelamun di dalam kelas atau di tempat kerja. Fikiran kita menerawang, berangan-angan tentang menjumpai longgokan emas di hujung pelangi atau memenangi wang RM1 juta. Alangkah ‘cool’ sekiranya kita mempunyai banyak wang untuk melakukan dan memiliki apa sahaja yang kita mahu, terutamanya apabila kita bersara.

Namun, untuk berangan tentang perkara ini adalah biasa. Dan pastinya, ini boleh berlaku untuk sebilangan kecil yang bertuah. Tetapi kenyataannya, berharap bulan jatuh ke riba tidak akan berlaku dalam merancang masa depan kewangan anda.

Daripada hanya berangan-angan untuk menjadi kaya di masa depan, mengapa tidak bina simpanan untuk masa depan anda sekarang?

Ini Apa Yang Anda Boleh Lakukan

Fikirkan tiga abjad – PRS, yang bermaksud Private Retirement Schemes atau Skim Persaraan Swasta, skim simpanan dan pelaburan jangka panjang sukarela yang direka untuk membantu anda menyimpan lebih banyak untuk persaraan anda.

Apa yang anda perlukan hanyalah serendah RM100 untuk memulakan dan membuka akaun PRS anda melalui PRS Online. Sebaik sahaja anda bermula, wujudkan tabiat menyimpan secara berkala. Seperti kata pepatah: “Sedikit, sedikit, lama-lama jadi bukit.”

Dengan usia yang muda dan tempoh yang panjang memberi anda manfaat kuasa pengkompaunan ke atas simpanan PRS anda. Sepanjang tempoh karier anda, ini akan membantu anda mengembangkan dana persaraan anda dengan stabil.

Jadi, berilah diri anda permulaan segera ke arah persaraan impian anda dengan mengambil tindakan hari ini.

Jangan hanya berangan-laa.

Jom! Simpan di PRS.

Enrol-Button      Top-Up-Button