MEMBENTUK KESEJAHTERAAN PERSARAAN UNTUK
KAKITANGAN ANDA HARI INI

Kita menjalani lebih dari 30 tahun dalam hidup kita dengan bekerja namun seperti yang dinyatakan dalam pelbagai laporan, ianya berkemungkinan masih tidak cukup untuk mengumpul dana bagi menampung keperluan persaraan kita nanti. Dengan masa depan pekerjaan yang semakin berkembang, adalah perlu bagi kita menyesuaikan diri dengan perubahan gaya hidup ketika bersara nanti.

Perjalanan menuju persediaan persaraan boleh dipupuk oleh majikan dengan menyediakan kemudahan untuk pekerja menyimpan lebih banyak bagi masa depan mereka dengan Skim Persaraan Swasta (PRS.)

Dengan kemudahan ini, majikan bukan sahaja membantu kakitangan mencapai kesejahteraan kewangan ketika persaraan, malahan simpanan tambahan melalui PRS ini akan membantu proses peralihan mereka dari alam pekerjaan ke alam persaraan menjadi lebih sempurna.

PRS menjadi tokok pelengkap kepada simpanan persaraan mandatori para pekerja. Melabur bagi kesejahteraan pekerja akan menyerlahkan nama baik syarikat sebagai sebuah majikan pilihan yang prihatin terhadap pekerja.

APABILA KAMI, SIMPAN DI PRS

MENARIK MINAT DAN MENGEKALKAN KESETIAAN PEKERJA
Memberi ganjaran kepada warga kerja yang setia dan cemerlang selain dari meningkatkan daya tarikan terhadap syarikat apabila PRS disenaraikan sebagai sebahagian daripada faedah pakej pekerja.
MEMPERKUATKAN HUBUNGAN KERJA
Majikan mencerminkan sikap mengambil berat terhadap kesejahteraan hidup dan persaraan pekerja.
MENINGKATKAN DAYA PRODUKTIVITI PEKERJA
Memupuk persekitaran kerja yang positif bagi mencapai prestasi yang lebih baik akan merangsang pekerja supaya lebih ceria, produktif, dan lebih bersedia untuk persaraan.
FAEDAH CUKAI
Majikan menikmati pelepasan cukai sehingga 7% daripada kadar berkanun ke atas caruman PRS yang disumbangkan oleh majikan bagi pihak pekerja.

Pengecualian cukai bagi caruman yang
dibuat oleh Majikan

Contoh

Kreatif Sdn Bhd telah membuat caruman berikut untuk tempoh tahun berakhir 31 Disember 2020:

(a) KWSP – 12% daripada imbuhan pekerja dan
(b) Dana PRS – 7% daripada imbuhan pekerja

Sekiranya jumlah imbuhan pekerja untuk tempoh tersebut ialah RM300,000, maka pelepasan yang dibenarkan kepada syarikat di bawah subseksyen 34(4) Akta Cukai Pendapatan adalah RM57,000 (RM300,000 x 19%).

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri (Skim Persaraan Swasta – Ketetapan Umum No. 9/2014 Seksyen 5.2).

SIMPANAN TAMBAHAN UNTUK PERSARAAN
PRS direka untuk tujuan persaraan supaya pekerja boleh membuat simpanan bagi mencapai matlamat persaraan mereka.
PILIHAN YANG FLEKSIBEL
Pilih dari mana-mana Penyedia PRS dan pelbagai pilihan Dana untuk dipadankan dengan profil pelaburan dan toleransi risiko masing-masing, dengan fleksibiliti sama ada ingin menukar kepada mana-mana dana PRS dalam Penyedia PRS yang sama atau memindahkan dana PRS ke Penyedia PRS yang lain.
CELIK KEWANGAN
Mempunyai kemampuan celik kewangan tentang perancangan dan persediaan persaraan akan membantu pekerja membuat keputusan yang tepat untuk merancang dan mencapai impian persaraan yang mereka mahukan.
PELEPASAN CUKAI
Nikmati pelepasan cukai peribadi sehingga RM3,000 setahun sehingga tahun 2025, untuk caruman individu di PRS.

PILIHAN-PILIHAN UNTUK MULA MENCARUM DENGAN PRS

Majikan boleh memperkenalkan PRS kepada pekerja dan menggalakkan mereka untuk menyimpan lebih untuk persaraan dengan melaksanakan:

PRS boleh dilaksanakan sebagai sebahagian daripada pakej faedah dan pampasan syarikat, bilamana majikan boleh mencarum bagi pihak pekerja dalam Dana PRS yang dipilih oleh mereka. Majikan boleh menaja program PRS ini melalui:

  • Anugerah Perkhidmatan Pekerja bagi menghargai kesetiaan warga kerja yang telah lama berkhidmat dengan syarikat.
  • Anugerah Pekerja Cemerlang bagi meraikan pekerja yang memberikan perkhidmatan dan pencapaian cemerlang.
  • Skim Bonus Pekerja bagi memberi ganjaran kepada pekerja sama ada dalam bentuk tunai, caruman PRS atau kedua-duanya sekali.
Majikan boleh memadankan caruman PRS yang dibuat oleh pekerja sebagai insentif bagi menggalakkan mereka untuk terus mencarum dengan PRS. Jumlah caruman padanan minimum dan maksimum adalah ditentukan sendiri oleh majikan.

Majikan boleh menawarkan kemudahan pemotongan gaji bagi pekerja menyimpan dengan PRS setiap bulan selain daripada caruman yang telah dibuat melalui skim caruman mandatori. Pekerja juga boleh menentukan Dana PRS mereka sendiri serta kadar pemotongan yang akan ditolak daripada gaji mereka setiap bulan.

Caruman PRS secara automatik setiap bulan akan mewujudkan tabiat menyimpan secara tidak sedar di kalangan pekerja.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai prosedur permohonan Jabatan Buruh bagi pelaksanaan pelan pemotongan gaji ini, majikan boleh layari:

Untuk Semenanjung Malaysia: http://jtksm.mohr.gov.my
Untuk Sabah: http://jtksbh.mohr.gov.my
Untuk Sarawak: https://www.jtkswk.gov.my

YA!
KAMI INGIN TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SIMPANAN DI PRS

Sekiranya syarikat anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Dana PRS dan skim yang ditawarkan oleh Penyedia PRS, PPA sebagai pentadbir pusat bagi PRS, boleh membantu untuk mengaturkan pertemuan dengan Penyedia PRS yang anda mahukan bagi membincangkan mengenai skim PRS dengan lebih lanjut bersama majikan anda.

Hubungi PPA bagi menetapkan temujanji pembentangan PRS secara maya kepada Pekerja dengan melengkapkan borang di bawah.

  • Dengan menyerahkan borang ini anda bersetuju dengan Pernyataan Privasi dan Terma Penggunaan Laman Web PPA kami.
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

JADI, MULAKAN PERJALANAN ANDA HARI INI.

Bersama, kita simpan dalam PRS untuk membentuk kesejahteraan persaraan kita.