Reka Pelan Persaraan Anda Sendiri

Bekerja sendiri adalah langkah yang menarik dan bijak. Anda boleh memilih berapa banyak dan apa pekerjaan yang anda mahukan. Fleksibiliti merupakan salah satu penyebab kenapa sangat ramai yang cenderung ke arah bekerja sendiri atau secara ‘freelance’. Menurut anggaran Bank Dunia, lebih 25 peratus tenaga kerja Malaysia hari ini adalah di kalangan mereka yang bekerja sendiri.

Para usahawan berteraskan teknologi misalnya, boleh menikmati kebebasan bekerja di mana-mana persekitaran dan ruang kerja bersama yang diinginkan. Pemandu ‘e-hailing’ pula dapat pengalaman baru bertemu pelbagai jenis orang dan melihat tempat-tempat baru setiap hari. Jika anda telah memutuskan untuk menyusuri perjalanan ini, adalah penting untuk anda juga melakukan satu perkara bagi memelihara kesejahteraan kehidupan anda untuk jangka panjang: Menyimpan untuk persaraan.

Satu kajian oleh PPA mendapati bahawa lebih 60 peratus profesional yang bekerja sendiri berharap mereka menyimpan lebih banyak untuk persaraan. Apabila pendapatan anda berubah dari bulan ke bulan, mungkin tampak sukar untuk mengetepikan sejumlah wang yang tetap untuk persaraan, di samping tekanan untuk menyediakan perbelanjaan berkaitan perniagaan.

Walaupun tidak memperoleh faedah persaraan yang biasa diterima oleh golongan yang bergaji tetap seperti skim pencen atau skim mandatori, menbuat simpanan yang cukup selama bertahun-tahun boleh memberikan perbezaan makna bagi persaraan anda kelak, sama ada masih perlu bekerja keras ketika usia tua atau bersantai-santai di pantai.

Fleksibel. Berpatutan. Mudah.

Bina pelan persaraan anda sendiri bagi memenuhi matlamat dan keperluan anda dengan Skim Persaraan Swasta (PRS), skim simpanan dan pelaburan jangka panjang yang direka untuk membantu anda menyimpan lebih banyak untuk persaraan. Fleksibiliti pada PRS dan caruman yang berpatutan membolehkan anda memilih berapa jumlah dan kekerapan simpanan yang anda mahu. Andalah yang bertanggungjawab terhadap masa depan anda.

Faedah PRS untuk Bekerja Sendiri

Persaraan memberi makna yang berbeza kepada setiap orang, namun ianya merangkumi tiga prinsip asas. Mengumpul simpanan yang mampan untuk pendapatan gantian yang mencukupi bagi untuk memgekalkan kelestarian gaya hidup anda apabila anda bersara. Kajian daripada PPA mencadangkan bahawa ianya boleh dicapai dengan menyimpan satu pertiga daripada pendapatan anda setiap bulan.

Menyimpan secara berkala melalui kaedah ini melindungi anda dari ketidaktentuan pasaran melalui pemurataan-kos-ringgit. Ia juga memastikan aliran tunai anda tidak terlalu diganggu ketika bulan yang sukar dan anda boleh menyimpan lebih banyak ketika pendapatan perniagaan meningkat.

Ambil peluang terhadap had simpanan yang berpatutan, tempoh simpanan yang fleksibel, serta kelebihan cukai apabila anda menyimpan dalam PRS. Dengan perkhidmatan PRS Online yang dibangunkan oleh PPA, anda boleh mula membina pelan persaraan anda bila-bila masa, di mana sahaja dengan mudah, selamat dan selesa.

Wang anda akan mula bekerja untuk anda sebaik sahaja anda mengetepikannya untuk persaraan.

Lakukannya sendiri. Senang jer. Simpan di PRS

Enrol-Button Top-Up-Button

Semasa anda mempertimbangkan simpanan di PRS untuk persaraan anda, sila rujuk Struktur PRS dan Penyedia & Skim PRS untuk memahami bagaimana PRS berfungsi, siapa Penyedia PRS dan pilihan dana PRS yang ada.

Untuk mendapatkan informasi mengenai prestasi dana dan pulangan pelaburan, lawati Prestasi Dana.