VISI

Untuk mentadbir dan menyumbang ke arah pembangunan
Skim Persaraan Swasta bagi kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Peranan & Tanggungjawab

PPA memainkan peranan penting dalam membolehkan infrastruktur bagi industri PRS. Objektif utama PPA adalah untuk menyediakan pentadbiran yang cekap serta memberikan sokongan terhadap pembangunan industri.

Pentadbiran Pusat – Selain menyediakan pusat pengurusan akaun sepanjang hayat, memudahkan urus niaga dan menggalakkan pentadbiran yang cekap untuk membantu pemegang akaun memantau dana PRS mereka, PPA juga mengendalikan pusat panggilan bagi menguruskan pertanyaan mengenai PRS.

Pembangunan Industri – PPA juga bertindak sebagai pusat sumber sehenti untuk maklumat yang berkaitan dengan industri PRS, Penyedia PRS, Pengedar, Skim dan Dana PRS untuk ahli di Malaysia. PPA bertanggungjawab untuk mendidik orang ramai mengenai persaraan dan PRS.

Sokongan – Bagi menyediakan pusat pentadbiran dan membangunkan industri, PPA bertujuan untuk menjana keyakinan orang ramai dan melindungi kepentingan ahli.