Apa yang perlu dipertimbangkan?

Apabila membuat caruman ke dalam Skim PRS, anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor penting seperti umur, pendapatan peribadi dan isi rumah, toleransi risiko, matlamat persaraan serta tahap kesesuaian dana Skim PRS bagi memenuhi keperluan persaraan anda. Kos sara hidup dan kadar inflasi adalah faktor penting untuk diambil kira dalam menetapkan matlamat persaraan. Anda hendaklah berfikir untuk pelaburan jangka panjang dan jangan terlalu bimbang tentang turun naik pasaran jangka pendek. Keperluan anda akan berubah bergantung kepada peringkat kehidupan masing-masing. Anda juga harus kerap memantau portfolio PRS anda untuk memastikan ianya bersesuaian dengan objektif persaraan anda.

Matlamat pelaburan untuk tujuan persaraan:

  • Pertumbuhan – fokus utamanya adalah untuk menjana kuasa pengkompaunan dan mempercepatkan pertumbuhan modal
  • Pertumbuhan & Pendapatan – menyeimbangkan di antara keperluan untuk menjana pertumbuhan modal, disamping menerima aliran pendapatan tetap
  • Pendapatan – fokus utama adalah untuk menerima aliran pendapatan tetap

Peringkat umur:

  • Kurang dari 40 tahun, tumpuan anda mungkin untuk menjana pertumbuhan modal
  • Antara 40 hingga 50 tahun, anda mungkin mahu keseimbangan pertumbuhan modal dan pendapatan tetap.
  • Lebih 50 tahun, anda mungkin lebih cenderung untuk menerima aliran pendapatan tetap

Profil risiko peribadi:

  • Agresif – anda mampu menghadapi turun naik pasaran dan kerugian modal
  • Sederhana – mencari keseimbangan pada pulangan dan risiko pasaran
  • Konservatif – anda tidak mampu menangani penurunan modal