Rangka Kerja Kawal Selia

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) memberikan kuasa kepada SC untuk mengawal selia dan menyelia industri PRS.

Rangka_kerja_kawal_selia_skim_persaraan_swasta

Peranan dan Tanggungjawab

Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia

  • diberi kuasa perundangan sebagai pengawal selia industri PRS
  • menyediakan persekitaran kawal selia
  • membangunkan industri PRS

Pentadbir Pencen Swasta (PPA)

  • menyediakan pengurusan akaun berpusat sepanjang hayat, bantuan niaga dan pentadbiran yang cekap
  • sebagai pusat sumber setempat
  • mendidik dan memberikan kesedaran kepada orang awam tentang PRS
  • menyediakan pentadibiran berpusat dan membangunkan industri
  • melindungi kepentingan setiap ahli

Penyedia PRS (PRS Providers)

  • menjalankan kuasa Penyedia PRS bagi tujuan yang betul dan jujur, demi kepentingan ahli keseluruhannya
  • menjalankan tahap ketelitian dan ketekunan yang sewajarnya
  • menyimpan rekod yang lengkap dan tepat bagi semua maklumat
  • tidak membuat sebarang pelaburan yang mempunyai kepentingan atau manfaat kewangan tanpa kelulusan Pemegang Amanah Skim
  • menyediakan laporan interim, laporan tahunan dan penyata kira-kira

Pemegang Amanah skim (Scheme Trustee)

  • memastikan pematuhan terhadap Pegawai dan Delegasi PRS
  • menyediakan penilaian dan penetapan harga yang tepat
  • memastikan ketepatan seluruh transaksi bagi mengelakkan sebarang kos yang tidak diperlukan ataupun risiko kepada dana
  • menguruskan perakaunan yang sepatutnya untuk semua akaun

Pengedar dan Perunding PRS (PRS Distributors and Consultants)

  • Pengedar PRS mestilah mempunyai lesen untuk berurusan dalam PRS di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA)
  • Perunding PRS (Consultant) adalah wakil-wakil Penyedia PRS dan perlu berdaftar dengan FIMM
  • Penasihat PRS Institusi (IPRA) adalah wakil-wakil bank yang berlesen untuk melaksanakan skim PRS untuk lebih dari satu Penyedia PRS.
  • Penasihat PRS Korporat (CPRA) adalah firma perancangan kewangan yang mewakili dan menjual produk lebih daripada satu Penyedia PRS, dan boleh bertindak bagi pihak pencarum
  • Perunding PRS mesti mempunyai pengetahuan tentang industri PRS
  • Perunding PRS haruslah memiliki tahap profesionalisme dan integriti yang tinggi.

Penafian: Tiada bahagian daripada rajah di atas boleh disebarkan, diterbitkan semula atau digunakan tanpa kebenaran dari PPA.