Penyedia PRS & Pilihan Dana

penyedia_skim_persaraan_swasta_dan_pilihan_dana

Anda boleh mencarum pada satu atau lebih Penyedia PRS. Malah anda juga mempunyai pilihan sama ada untuk melabur ke dalam lebih daripada satu dana sama ada dana pilihan sendiri atau pilihan dana yang ditetapkan (default option) bergantung kepada kumpulan umur anda.

Apa yang anda Perlu Tahu!

  1. Dana-dana dan prestasi Penyedia PRS
  2. Pilihan Dana PRS
    • a. Dana Pertumbuhan, Pertumbuhan & Pendapatan & Pendapatan
    • b. Pilihan dana yang ditetapkan (default option) atau Dana Pilihan Sendiri
  3. Risiko Dana PRS
  4. Yuran & Caj
    • a. Caj Jualan Dana
    • b. Yuran Pengurusan Tahunan
    • c. Yuran Transaksi

Pilihan Dana PRS

Anda mempunyai pilihan untuk memilih dana atau tidak memilih dan mencarum ke dalam pilihan dana yang ditetapkan (default option) berdasarkan umur. Setiap Penyedia PRS mesti menawarkan tiga dana teras yang ditetapkan. Jika anda memilih dana teras tersebut, anda akan ditempatkan berdasarkan kumpulan umur seperti berikut:

Dana Teras Kumpulan Umur Pecahan Aset
Dana Pertumbuhan (Growth fund) Bawah 40 tahun Maksimum 70% ekuiti; 30% dalam dana berpendapatan tetap/ debentur/ pasaran wang
Dana Sederhana (Moderate fund) 40 tahun ke atas, tetapi di bawah 50 tahun Maksimum 60% ekuiti; 40% dalam dana berpendapatan tetap/ debentur/ pasaran wang
Dana Konservatif (Conservative fund) 50 tahun ke atas 80% dalam dana berpendapatan tetap/ debentur, di mana 20% daripadanya mesti dilaburkan dalam pasaran wang dan maksimum 20% ekuiti

Selain itu, anda boleh memilih mana-mana dana teras walaupun ia bukan dalam kumpulan umur anda serta lain-lain dana bukan teras yang ditawarkan oleh Penyedia PRS.

Penyedia PRS boleh menawarkan sehingga 7 dana bukan teras di bawah skim PRS mereka. Anda boleh memilih untuk melabur dalam satu atau lebih daripada dana bukan teras tersebut berdasarkan peruntukan dan kelas aset.

Penafian: Tiada bahagian daripada rajah di atas boleh disebarkan, diterbitkan semula atau digunakan tanpa kebenaran dari PPA.