Pengedar PRS

Pengedar PRS adalah entiti yang membuat perjanjian dengan Penyedia PRS untuk memasarkan dan mengedarkan PRS kepada individu dan majikan. Individu-individu yang mewakili Pengedar PRS adalah Perunding PRS mesti didaftarkan dengan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM).

Adalah penting bagi mengawal selia Pengedar dan Perunding PRS bagi memastikan –

  • Standard di tahap yang dimahukan; dan
  • Khidmat nasihat untuk individu dan majikan.

Setiap Perunding PRS memegang kad lesen PRS yang dikeluarkan oleh FIMM. Untuk mengetahui status Perunding PRS anda, sila klik di sini.

FiMM_kad_Perunding_skim_persaraan_swasta
FiMM_kad_Perunding_skim_persaraan_swasta_2

Jenis-jenis wakil Pengedar PRS:

1. Penyedia PRS
Klik di sini untuk senarai Penyedia.

2. Penasihat PRS Institusi (IPRA)
IPRA adalah pengedar bagi institusi kewangan dan perbankan yang diluluskan, serta bertindak memasarkan bagi pihak panel Penyedia PRS.
Klik di sini untuk senarai IPRA.

3. Penasihat PRS Korporat (CPRA)
CPRA merupakan konsultan bebas yang memasarkan PRS dari pelbagai Penyedia PRS.
Klik di sini untuk senarai CPRA.

Orang awam diingatkan untuk hanya berurusan dengan Penyedia dan Perunding PRS yang berlesen sahaja.

Bagi pelabur yang inginkan perkhidmatan perancangan kewangan yang menyeluruh, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat penasihat kewangan berlesen. Senarainya boleh didapati di laman web SC bersama dengan butir-butir untuk menghubungi mereka.