Pendahuluan

logo_skim_persaraan_swasta
PRS secara amnya merupakan sebuah skim pelaburan jangkamasa panjang yang ditubuhkan untuk menambah simpanan dana persaraan. Objektif PRS adalah untuk memberi pilihan bagi skim yang sedia ada untuk seluruh rakyat Malaysia, sama ada bekerja atau bekerja sendiri, secara sukarela untuk menambah dana persaraan mereka di bawah skim yang berstruktur dan dikawal selia.Setiap PRS menawarkan pelbagai pilihan dana persaraan di mana kini pelabur boleh memilih untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan, matlamat kewangan dan toleransi risiko mereka sendiri. Tujuan Dana PRS adalah untuk memberikan pulangan jangka panjang untuk ahli-ahli menerusi satu kerangka yang dikawal selia. Aset bagi setiap PRS diasingkan daripada Penyedia PRS dan ditempatkan di bawah pegangan amanah yang dikendalikan oleh Pemegang Amanah Skim bebas.

Pemacu Pertumbuhan

epp6_skim_persaraan_swasta
EPP 6: Memacu pertumbuhan industri pencen swasta – bagi menyelaraskan sistem pencen sedia ada dengan perubahan ekonomi & sosio demografi.
pm_skim_persaraan_swasta

Sebuah negara berpendapatan tinggi mesti mempunyai kerangka sosial yang kukuh dan mampan bagi memastikan simpanan persaraan negara itu mencukupi. PRS membentuk aspek penting dalam industri pencen swasta dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia di masa persaraan melalui simpanan tambahan.

sc_skim_persaraan_swasta

Kerangka kawal selia PRS telah dibangunkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bertujuan bagi mempercepatkan pembangunan industri pencen swasta di Malaysia. PRS juga bakal menjadi penyumbang dana untuk pembiayaan jangka panjang bagi pelbagai aktiviti pasaran modal, meningkatkan peranan industri pengurusan pelaburan serta memberikan kesan yang besar kepada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi Malaysia.

teras3_skim_persaraan_swasta
PRS membentuk teras ke-3 dalam kerangka persaraan pelbagai di Malaysia dan persekitaran yang menggalakkan adalah penting. Oleh demikian, PPA bertindak sebagai pentadbir pusat untuk PRS.

Memperkukuh Skim Pencen

 

Memperkukuh_Skim_Pencen_skim_persaraan_swasta

PRS merupakan inisiatif di bawah Pelan Induk Pasaran Modal 2 untuk mempercepatkan pembangunan industri pencen swasta, ia direka untuk menyediakan dana persaraan tambahan. PRS dijangka menyumbang ke arah mewujudkan teras ke-3 (sukarela) sebagai sebahagian daripada skim pencen negara yang mantap.

Memperkukuh_Skim_Pencen_skim_persaraan_swasta_2

Penafian: Tiada bahagian daripada rajah di atas boleh disebarkan, diterbitkan semula atau digunakan tanpa kebenaran dari PPA.