Ciri-ciri PRS

Caruman (contribution)

Persendirian

Mana-mana individu yang telah mencapai umur 18 tahun pada tarikh pembukaan akaun pencen swasta boleh mencarum ke dalam mana-mana dana di bawah PRS. PRS ditawarkan kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia.

Caruman kepada dana di bawah PRS akan diselenggarakan dalam dua sub-akaun yang berasingan oleh Penyedia PRS seperti berikut:

ciri-ciri_skim_persaraan_swasta

  • 70% di Sub-akaun A, di mana pengeluaran pra-persaraan tidak boleh dibuat; dan
  • 30% di Sub-akaun B, pengeluaran pra-persaraan dibenarkan, namun ianya tertakluk kepada cukai penalti 8% ke atas setiap jumlah pengeluaran.

Individu yang mempunyai pilihan sama ada untuk mencarum kepada lebih daripada satu dana di bawah Skim PRS atau mencarum kepada lebih daripada satu Skim PRS, yang ditawarkan oleh Penyedia PRS yang berbeza.

Memandangkan PRS adalah skim sukarela, PRS tidak ada sebarang had pada jumlah caruman atau jangka masa untuk membuat sebarang caruman. Setiap individu boleh mencarum sebanyak dan sekerap mana yang disukai, malahan caruman secara konsisten sangat digalakkan bagi mencapai matlamat persaraan yang diinginkan.

Pengecualian Cukai – Persendirian

Pengecualian cukai dikenakan ke atas caruman kasar, termasuk caj pendahuluan.

Sebagai contoh, jika seseorang melabur sebanyak RM3,000 dengan Penyedia PRS dan RM10 ditolak untuk membiaya yuran pembukaan akaun, manakala RM50 lagi ditolak untuk caj jualan, pengecualian cukai adalah tetap dikira atas RM3,000, dan bukannya RM2,940.

Pengecualian cukai sehingga RM3,000 setahun akan dikenakan ke atas pendapatan boleh cukai, untuk caruman individu untuk 10 tahun pertama dari tahun taksiran 2012. Mereka boleh menuntut pengecualian cukai PRS di dalam Borang BE di bawah Seksyen F-F18 Borang BE. Borang tersebut boleh didapati melalui laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) www.hasil.gov.my

Penyata tahunan untuk menyokong tuntutan bagi pengecualian cukai boleh diperoleh daripada Penyedia PRS sebagai bukti pelaburan yang dibuat pada tahun taksiran.

Majikan

Jika mana-mana majikan bersetuju membuat caruman dalam skim PRS untuk pekerja mereka, mereka boleh berhubung dengan satu atau lebih Penyedia PRS pilihan mereka. Jumlah dan kekerapan caruman ditentukan oleh majikan manakala pekerja akan memilih sendiri jenis dana PRS yang mereka mahukan. Jika tiada pilihan dibuat, caruman majikan akan disalurkan terus ke dana pilihan yang ditetapkan (default option) yang disediakan Penyedia PRS tersebut.

Pengecualian Cukai – Majikan

Majikan yang mencarum kepada PRS bagi pihak pekerja mereka layak untuk mendapat potongan cukai melebihi kadar berkanun untuk caruman KWSP, iaitu sehingga 19%. Sila ambil perhatian bahawa pelepasan cukai majikan hanya sah ke atas syarikat itu sebagai satu entiti sahaja.


Penukaran (switching) / Pemindahan (transfer) dana

Penukaran berlaku apabila seseorang ahli memohon untuk menukar daripada dana PRS yang sedia ada kepada dana PRS yang lain di bawah Penyedia PRS yang sama.

Pemindahan berlaku apabila seseorang ahli memohon untuk memindahkan carumannya ke dalam dana PRS yang sedia ada ke dalam dana bagi skim PRS yang lain di bawah Penyedia PRS yang lain.

Ahli-ahli dibenarkan untuk menukar dana dalam skim atau memindahkan faedah terkumpul kepada Penyedia PRS yang lain. Ini tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam dokumen penzahiran skim tersebut. Sila baca dokumen penzahiran skim sebelum membuat keputusan untuk membuat penukaran  atau pemindahan. Jika anda tidak mempunyai salinan dokumen penzahiran , sila hubungi Penyedia PRS anda.

Pemindahan (transfer) dana hanya boleh dibuat selepas tahun pertama mencarum ke dalam PRS, bermula dari tarikh caruman yang pertama:

Syarat-syarat untuk pemindahan dana:

  • Pemindahan  boleh dilakukan sekiranya unit yang ada mencukupi untuk dipindahkan selepas menolak yuran dan caj pemindahan.
  • Amaun bersih yang akan dipindahkan perlu memenuhi keperluan minimum caruman Penyedia yang akan menerima  pemindahan tersebut
  • Permohonan pemindahan hanya boleh dibuat sekali dalam tahun kalendar (tiada sebarang pemindahan dilakukan dalam tahun kalendar tersebut)
  • Ahli-ahli dibenarkan membuat pemindahan dan ianya terhad kepada satu dana sahaja. Setiap permintaan pemindahan hanya dapat dilakukan antara dua PenyediaPRS yang mesti melibatkan pemindahan satu atau lebih dana daripada Penyedia yang sedia ada  kepada satu atau lebih dana daripada Penyedia yang akan menerima pindahan tersebut. Memisahkan dana dari dana tunggal kepada dua atau lebih dana tidak dibenarkan dalam proses pemindahan.

Pemindahan penuh/separa

Ahli dapat membuat pemindahan penuh atau separa daripada satu atau lebih dana yang dikendalikan oleh Penyedia yang sedia ada. Ahli perlu mendapat borang pemindahan dan borang yang berkenaan dari Penyedia yang sedia ada. Permohonan untuk pemindahan mestilah dibuat dalam unit. Ahli tidak perlu menunjukkan pecahan bilangan unit yang akan dipindahkan dari sub-akaun A dan sub-akaun B.

Peruntukan unit antara sub-akaun A dan sub-akaun B akan dilakukan berdasarkan nisbah 70-30, iaitu 70% daripada unit tersebut akan ditebus dari dana sub-akaun A yang sedia ada dan diperuntukkan kepada dana sub-akaun A yang baru,  dan 30% daripada unit tersebut akan ditebus dari dana sub-akaun B yang sedia ada dan diperuntukkan kepada dana sub-akaun B yang baru. Sekiranya unit di dalam dana sub-akaun B tidak mencukupi untuk melaksanakan pemindahan mengikut nisbah 70-30, Penyedia yang baru dibenarkan untuk menebus baki unit dari dana sub-akaun A yang sedia ada untuk memenuhi permintaan pemindahan dan memindahkan jumlah itu untuk membeli unit untuk dana sub-akaun A yang baru.

Yuran dan Caj

Untuk mengetahui yuran dan caj yang dikenakan untuk transaksi penukaran dan pemindahan, sila rujuk ke laman Penyedia PRS, di bawah pautan Yuran dan Caj. Yuran Penyedia yang sedia ada termasuk yuran pemindahan dan caj penebusan. Jumlah ini perlu ditolak daripada sub-akaun A yang sedia ada. Bagi pemindahan dari satu atau lebih dana, yuran pemindahan Pemindah Penyedia hendaklah dibahagikan sama rata berdasarkan jumlah dana. Contohnya, jika terdapat permintaan pemindahan daripada dua dana, yuran pemindahan sebanyak RM50 akan dikenakan RM25 bagi setiap dana.

Terma dan Syarat

Ahli dinasihatkan membaca termadan syarat-syarat di belakang Borang Pemindahan. Perubahan harga boleh terjadi dalam proses pemindahan kerana ia melibatkan penebusan unit dan pewujudan unit oleh Penyedia yang berbeza. Dalam tempoh ini, harga dana mungkin berubah disebabkan pergerakan pasaran.

Kelayakan

Syarat-syarat untuk pemindahan dana antara Penyedia PRS boleh didapati dalam Panduan PRS, Fasal 11,87-11,89

  • Pemindahan dari satu Penyedia PRS dibenarkan sekali dalam tahun kalendar yang sama
  • Pemindahan pertama dibuat selepas satu tahun daripada caruman pertama kepada mana-mana dana di bawah mana-mana skim yang diuruskan oleh Penyedia yang sedia ada
  • Tiada pemindahan terlebih dahulu dengan Penyedia yang sedia ada dalam tahun kalendar tersebut
  • Terdapat unit yang mencukupi dalam dana yang dipilih oleh ahli untuk pemindahan
  • Hasil daripada pembatalan unit dalam sub-akaun A (sama ada dari satu atau pelbagai dana) yang diuruskan oleh Penyedia yang sedia adamesti digunakan untuk mewujudkan unit dalam sub-akaun A satu atau pelbagai dana yang diuruskan oleh Penyedia yang baru. Begitu juga hasil daripada pembatalan sub-akaun B (sama ada dari satu atau pelbagai dana) yang diuruskan oleh Penyedia yang sedia ada mesti digunakan untuk mewujudkan unit dalam sub-akaun B satu atau dana berganda diuruskan oleh Penyedia yang baru.
  • Setiap permintaan pemindahan hanya boleh dilakukan antara dua Penyedia PRS yang mesti melibatkan pemindahan satu atau lebih banyak dana daripada Penyedia yang sedia ada kepada satu atau lebih dana PembekalPenyedia yang baru; dan
  • Jumlah dana tertentu dipilih untuk pemindahan hendaklah dipindahkan ke satu (1) dana

Berkenaan dengan (d) di atas, selepas penukaran unit kepada Ringgit, jumlah untuk pemindahan mesti memenuhi syarat-syarat berikut;

  • Jumlah yang mencukupi bagi pemindahan selepas pemotongan caj yuran pemindahan / penebusan, jika berkenaan; dan
  • Memenuhi keperluan caruman minimum Penyedia yang baru.

Penyedia PRS perlu melaporkan kepada PPA sekiranya terdapat sebarang semakan keperluan caruman minimum.
Penyedia yang sedia ada juga boleh menolak permintaan pemindahan jika tandatangan pemohon pada Borang Pemindahan (TF) tidak sepadan dengan rekod Penyedia yang baru.

 


Pengeluaran (withdrawal)

Permohonan pengeluaran boleh dibuat sekiranya berlaku salah satu dari keadaan berikut:

  • Selepas ahli mencapai umur persaraan (had terkini 55 tahun*), pengeluaran penuh/sebahagian boleh dibuat;
  • Kematian ahli, hanya pengeluaran penuh sahaja yang dibenarkan;
  • Penghijrahan secara kekal ke negara lain, pengeluaran penuh sahaja yang dibenarkan; dan
  • Apabila ahli belum mencapai had umur persaraan, pengeluaran dari Sub-akaun B boleh dibuat secara penuh/sebahagian.

Berikut tidak dianggap sebagai pengeluaran dari Skim:

  • Pelaksanaan hak bertenang;
  • Pengeluaran / Penebusan bagi tujuan pemindahan kepada skim Penyedia PRS yang lain;
  • Penukaran unit dana kepada dana Skim yang lain.

(Nota*: Ahli akan dimaklumkan jika terdapat sebarang pindaan ke atas had umur terkini)

Merujuk kepada pengeluaran pra-persaraan, ahli hanya boleh membuat pengeluaran melalui sub-akaun B daripada setiap Penyedia PRS sekali setahun. Bagi pengeluaran pertama, anda hanya layak memohon selepas satu tahun caruman pertama dibuat di mana-mana dana bawah Skim PRS (sama ada caruman dibuat melalui majikan atau sendiri). Walaupun anda bebas untuk membuat pengeluaran tersebut, namun begitu Penyedia PRS akan mengenakan cukai penalti 8% bagi setiap pengeluaran yang dibuat sebelum wang tersebut dikreditkan ke akaun anda.

Tiada bayaran penalti cukai dikenakan bagi pengeluaran selepas umur persaraan 55 tahun. Walaupun sekiranya ahli PRS masih bekerja pada umur tersebut, mereka tetap dianggap sebagai telah mencapai umur persaraan. Oleh itu, pengeluaran bagi tujuan persaraan dibenarkan tanpa sebarang bayaran penalti.

Walaupun ahli dibenarkan pengeluaran sekaligus dibenarkan, adalah disyorkan bahawa setiap ahli mengekalkan simpanan mereka bagi pelaburan yang berterusan di bawah Skim PRS masing-masing.

Dokumentasi Pengeluaran

Selain pengeluaran yang disebabkan kematian atau penghijrahan secara kekal, tiada sebarang sebab dan dokumen diperlukan bagi membuat urusan pengeluaran pra-persaraan.

Penghijrahan secara Kekal (penyerahan semula permit kerja atau taraf kerakyatan Malaysia)

  • Nama Penuh, nombor kad pengenalan, nombor akaun PPA; dan
  • Surat Penolakan Warganegara Malaysia (Borang K/ Borang Y); atau
  • Surat Penyerahan Kad Pengenalan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); atau
  • Surat Penyerahan Kad Pengenalan daripada Kedutaan Malaysia / Suruhanjaya Tinggi Malaysia / Konsulat Malaysia di luar negara

Pengeluaran bagi Ekspatriat dan Pekerja Asing

  • Bukti perletakan jawatan
  • Nama Penuh, nombor pasport, nombor akaun PPA; dan
  • Surat perletakan jawatan/ penamatan perkhidmatan daripada majikan; atau
  • Penyata pelepasan cukai pendapatan; atau
  • Pembatalan permit kerja

Pengeluaran bagi bukan warganegara Malaysia yang tidak bekerja

  • Nama Penuh, nombor pasport, nombor akaun PPA; dan
  • Bukti pembatalan pas lawatan sosial jangka panjang

Kematian Ahli

  • Salinan kad pengenalan ahli/pasport yang menunjukkan namanya yang penuh dan jelas serta nombor kad pengenalan/pasport;
  • Salinan dokumen yang menunjukkan nombor akaun PPA;
  • Sijil asal dan salinan Sijil Kematian;
  • Sijil asal dan salinan Surat Pentadbiran/Probet/Sijil Faraid;
  • Salinan kad pengenalan Pelaksana wasiat/Pentadbir;
  • Salinan Borang Pengeluaran Pembekal ini; dan
  • Salinan/akaun bank pentadbir/pelaksaan

Salinan dokumen-dokumen sokongan yang disenaraikan di atas hendaklah dihantar oleh Penyedia PRS ke PPA melalui pos/e-mel untuk mendapatkan kebenaran.

Pembayaran kepada pemegang amanah, pelaksana wasiat atau pentadbir ahli PRS si mati perlu mendapat kebenaran PPA sebelum ianya diproses. Penyedia PRS perlu membayar pemegang amanah, pelaksana wasiat atau pentadbir ahli PRS si mati dalam tempoh 10 hari selepas mendapat kebenaran PPA.

Jika si mati mempunyai akaun PRS lebih daripada satu (1), PPA akan:

(i) Memberi maklumat kepada Penyedia yang lain mengenai status ahli yang telah mati. Ini bagi memastikan tiada arahan daripada pihak ketiga kepada Penyedia PRS.

(ii) Memaklumkan pelaksana wasiat atau pentadbir harta pusaka si mati sekiranya si mati ada mempunyai akaun dengan Penyedia yang lain.

 

(Nota: Sekiranya berlaku kematian, wang PRS akan dikembalikan kepada waris si mati untuk diagihkan mengikut arahan daripada mahkamah.)

 

 

Penafian: Tiada bahagian daripada rajah di atas boleh disebarkan, diterbitkan semula atau digunakan tanpa kebenaran dari PPA.