Pengenalan

PRS Youth Incentive 1000-01

Dalam Bajet 2014 dibentangkan pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri telah mengumumkan insentif sebanyak RM500 kepada pencarum yang mengambil bahagian dalam skim PRS untuk memupuk kepentingan menyimpan dari usia muda bagi memastikan simpanan yang mencukupi semasa bersara. RM500 adalah caruman sekali sahaja oleh Kerajaan kepada ahli-ahli golongan muda PRS untuk menggalakkan golongan muda membuat simpanan jangka panjang untuk persaraan melalui PRS.

Dalam perbentangan Bajet 2017, Kerajaan telah mengumumkan bahawa Insentif Golongan Muda PRS dinaikkan kepada RM1,000. Sehubungan itu, Kerajaan akan memberikan tambahan nilai caruman sebanyak RM1,000 (dalam bentuk Unit PRS) kepada setiap pencarum PRS yang layak. Untuk melayakkan diri, pencarum mestilah mempunyai simpanan kasar sebanyak RM1,000 yang dikumpul dalam jangka masa dua (2) tahun, bermula dari 2017 sehingga 2018.

Pembentangan Pelancaran Insentif Golongan Muda PRS

Untuk maklumat lanjut mengenai Insentif Golongan Muda PRS, sila hubungi PPA di talian 1300-131-772.